Walaupun cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat tidak memihak kepada pembangkang, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata pembangkang akan menyesuaikan diri dan mengatasi halangan ini.
Katanya, parti-parti pembangkang telah berbuat demikian sebelum ini selepas mengalami kemerosotan pada pilihan raya umum 2004 yang diadakan selepas persempadanan semula setahun sebelum itu.
Tian Chua berkata pembangkang terus membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum 2008.
Walaupun begitu, beliau memberi amaran bahawa akan ada kesan jangka panjang terhadap kehidupan rakyat Malaysia kerana BN akan cuba 'membeli masa' dan kekal berkuasa.
"Isunya bukan persaingan antara pembangkang dan parti pemerintah. Isunya ialah bagaimana kita mewujudkan sistem perwakilan yang mencerminkan semangat perlembagaan dan Malaysia.
"Persoalannya sekarang ialah BN boleh menggunakan ini dalam usaha untuk mengalahkan pembangkang sekarang, tetapi akibat daripadanya - walaupun pembangkang akhirnya menang - kita akan melihat polarisasi di Malaysia.
"Inilah sebabnya semua rakan-rakan saya berkata ia bukan mengenai sama ada kita boleh menang atau tidak.
"Kita boleh bekerja keras untuk menang, tetapi persoalannya adalah, apakah jenis Malaysia yang kita akan dapat lihat?" kata Chua pada sidang media hari ini.