Pembangkang perlu mengetepikan kepentingan parti masing-masing buat sementara waktu jika mereka mahu membentuk semula kesepakatan bagi melawan BN pada PRU akan datang.
Penganalisis politik, , Prof Dr Nasrudin Mohammed, bagaimanapun, menjangkakan kesepakatan itu sukar diwujudkan semula hanya disebabkan Pas.
“Saya melihat susah untuk menentukan dan mentafsir pendirian Pas buat masa sekarang kerana kadang-kala kita nampak mereka cenderung bersama BN, sudi bertolak-ansur dengan rakan pembangkang lain dan ada masanya memilih untuk bersendirian.
“Tapi saya percaya jika pembangkang tumpu kepada usaha menjatuhkan BN dan ketepikan idealisme perjuangan mereka dan masalah dalaman lain, ia boleh memberi keuntungan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis dalam Umno sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Nasruddin yang juga Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan berkata demikian ketika diminta mengulas usaha menemukan semua parti pembangkang di meja rundingan untuk memperhalusi kerjasama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.
Jumaat lalu, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata kepada Sinar Harian, bahawa satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi mengenai strategi tersebut dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.
Mengenai soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon pula, Nasrudin berkata, ia bukan satu isu besar yang perlu dibimbangkan kerana masalah itu juga turut berlaku kepada BN.
Katanya, pembangkang perlu memikirkan formula khusus untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding dan paling utama ia adalah calon boleh menang.
“Spekulasi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi sudah banyak kita dengar dan ini masa sesuai untuk pembangkang bertindak.
Read More / Baca Lagi >>