Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kumpulan Deklarasi Rakyat mahu mengadap Raja-raja Melayu

$
0
0
Kumpulan Deklarasi Rakyat akan menghantar petisyen kepada Majlis Raja-raja dalam usaha menuntut pembaharuan, termasuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata petisyen tersebut adalah petisyen sama diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini dan akan disampaikan melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.
"Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat," katanya selepas menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan hari ini.
Menurut Kadir, mesyuarat itu adalah taklimat kepada kumpulan itu mengenai pertemuan Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah.
Mahathir menyerahkan petisyen yang didakwa ditandatangani lebih sejuta rakyat Malaysia kepada Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 15 September lalu.
Kadir berkata mesyuarat itu turut menyentuh mengenai titah Raja-raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB.
Ia termasuk gesaan pada 17 Februari agar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan Negara.
Akta berkenaan yang dikatakan akan menghakis kuasa Agong diluluskan pada 4 Ogos tanpa persetujuan baginda.
"Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN," kata Kadir.
Terdahulu penulis blog Raja Petra mendakwa Mahathir tidak dapat meyakinkan Agong mengenai kesahihan kesemua 1.4 juta tandatangan dalam petisyen Deklarasi Rakyat bagi menggesa perdana menteri meletak jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913