Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Semakan Kehakiman: Jika gagal, peguam usaha Anwar diletak tahanan rumah

$
0
0
Pasukan peguam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berusaha mengurangkan hukuman kepada tahanan rumah jika gagal mendapatkan pembebasannya selepas permohonan semakan kehakiman bulan depan.
"Sudah tentu kita mahu beliau dibebaskan dan cuba mendapatkan pembebasannya. Jika ia tidak berfungsi, kami akan cuba untuk tahanan rumah yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia," kata peguam Anwar, Kimberley Motley kepada The Australian.
Pasukan Anwar akan mengetengahkan kekurangan bukti DNA dan keterangannya liwat yang tidak konsisten oleh penuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam rayuan pada 12 Oktober, kata Motley yang dilantik bulan ini.
Motley yang menemui Anwar minggu lalu walaupun mendapat rintangan pada awalnya berkata berkata Anwar adalah "jelas bersedia untuk (permohonan semakan kehakiman) tetapi dia tidak menjangkakan kemenangan".
"Setiap langkah adalah perjuangan. Ada banyak gangguan berlaku,"beliau dilaporkan berkata.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos minggu lalu mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadap peguam Amerika itu di Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober depan.
Ini berikutan gesaan Motley agar orang ramai menghadiri permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Peguam Anwar, Latheefa Koya mengutuk "ancaman" Jamal sebagai satu percubaan untuk "campur tangan" dalam proses kehakiman.
Anwar melantik Motley, seorang peguam hak asasi manusia terkenal untuk membantu dalam beberapa kes termasuk permohonan semakan kehakiman beliau pada Februari 2015 berhubung sabitan liwat.
Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat, termasuk yang pertama terhadapnya pada tahun 1999 direka oleh pesaing politiknya.
Bagaimanapun, kerajaan menafikan perkara itu dan Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913