Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Peguam Jenayah: Tiada peruntukan undang-undang membolehkan Anwar ditahan di rumah

$
0
0
Peguam jenayah menolak kemungkinan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tahanan rumah.
Baljit-SidhuPETALING JAYA: Tiada undang-undang di Malaysia yang membenarkan pesalah diletakkan di bawah tahanan rumah, kata seorang peguam jenayah.
“Tidak ada peruntukan seperti itu sama ada dalam Kanun Prosedur Jenayah atau Akta Penjara yang membenarkan seseorang pesalah menjalani hukuman penjara di rumah,” kata Baljit Sidhu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan dalam majalah Weekend Australian yang menyatakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk tahanan rumah jika usaha mengetepikan sabitan kesalahan liwat terhadap bekas ketua pembangkang itu tidak berjaya.
Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley dipetik sebagai berkata peguam Anwar akan sekali lagi membangkitkan isu kekurangan bukti DNA dan keterangan Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten, dalam permohonan semakan pada 12 Oktober.
Baljit, yang juga pensyarah undang-undang berkata tahanan rumah hanya diperuntukkan di AS dan negara Komanwel lain seperti Australia dan Pakistan.
“Di Malaysia, mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah undang-undang dan habis semua proses rayuan perlu menjalani hukuman di penjara,” katanya.
Baljit berkata seingat beliau hanya ada 1 kes membabitkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenakan tahanan rumah tetapi secara bersyarat.
Katanya, kes tahanan ISA itu perlu dibezakan dengan banduan yang disabitkan bersalah.
“Pesalah itu ditahan tanpa dibicarakan dan menteri dalam negeri mempunyai budi bicara untuk memerintahkan tahanan di rumah,” katanya.
Awal tahun ini, kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) juga mendesak supaya Anwar diberikan tahanan rumah bagi membolehkan beliau menerima rawatan perubatan yang tidak ada di penjara.
Dalam satu kenyataan sempena setahun sabitan dan hukuman penjara terhadap Anwar, Pengarah Eksekutif LFL Eric Paulsen berkata pemenjaraan Anwar sangat menjejaskan reputasi Malaysia.
Pemimpin PKR itu pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara Sungai Buloh kerana meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya pada 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913