Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Hayatilah Konsep Rukun Negara

$
0
0

Saya selaku rakyat Malaysia yang berpegang kepada Rukun Negara kita, ingin mengingatkan kembali Rukun Negara kita yang ke-lima: Kesopanan dan Kesusilaan.
rencana_hayatirukunnegaraPada bulan ini sahaja,kita sudah melihat kebiadaban ISMA mencetuskan sentimen perkauman lalu menyerang secara peribadi kepada DAP dan Jeff Ooi yang dikatakan mencetuskan amarah orang ramai yang beragama Islam. Belum lagi dikisahkan mengenai kematian mendiang Karpal Singh yang disindir oleh Zulkifli Nordin dan orang Islam sendiri kebanyakan meraikan. Bukankah ini perbuatan yang tidak ada sopan?
Bukan sahaja perkataan yang mengguris hati orang ramai,tapi perbuatan itu sendiri juga boleh menjadi dendam kepada segelintir masyarakat. Belum lagi menyentuh perkataan kurang ajar/berlaku biadap ketika netizen Malaysia apabila menyentuh sesuatu isu politik dalam negara tercinta ini.Betapa hipokritnya kita mengangkat ikrar kononnya berjiwa Malaysia tetapi tidak menghayati untuk mencapai keharmonian dalam negara bermasyarakat majmuk ini.Maka, jelaslah, kita sebagai rakyat Malaysia, kebanyakan masih tidak memahami konsep rukun negara yang kelima ini.
Walaupun rukun negara ini diletakkan sebagai pengakhiran,tapi ini adalah satu simbolik besar bagi kita semua. Rukun Negara yang kelima ini menyatakan bahawa sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Namun,apakah yang mengecewakan saya ialah apabila individu hilang rasa sopan kerana pertentangan ideologi politik dan perkauman. Rukun Negara ini dihasilkan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dan agama. Persaingan yang sihat,maksud saya, perdebatan idea tanpa berhujah yang mengeluarkan perkataan kesat kepada pihak lawan. Bagaimana kita mahu mencapai Wawasan 2020 sekiranya kita tidak bertoleransi antara perbezaan idea,kaum dan agama?Kita seharusnya peka dengan sensitiviti yang berada di sekeliling kita selagi tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913