Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Media kita tak pernah merdeka

$
0
0

Wacana: Media kita tak pernah merdeka

Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan sekatan ke atas kebebasan media, kata Dekan Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Perkomputeran Universiti Selangor, Prof Dr Azmuddin Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada laporan kajian kebebasan media oleh Freedom House.
Menurut, kajian tersebut telah melihat kepada beberapa sudut misalnya pemilikan, undang-undang,  tekanan politik dan sebagainya dan memutuskan negara ini bukan sebahagian daripada negara yang mengamalkan kebebasan media.
“Tentu sekali media kita tidak pernah merdeka. Kalau kita merujuk kepada laporan kajian tentang, Malaysia memang tidak mengamalkan kebebasan dalam media.
“Kajian ini telah dilakukan lebih di 200 negara dan tidak ada sebab untuk kita tidak percaya dengan hasil kajian tersebut,” katanya seperti yang dipetik menerusi menerusi Wacana Sinar Harian bertajuk 'Merdekakah Media Kita?' di Universiti Selangor, di sini, hari ini.
Wacana yang bermula jam 2.45 petang itu turut disertai Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin; Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar dan aktivis media yang juga bekas Pengarah Eksekutif South East Asian Press Alliance, Gayathtry Venkiteswaran.
Katanya lagi, pengamal media sepatutnya diberikan kesempatan untuk melaporkan sesuatu isu dan perkara secara tepat serta telus.
“Itulah tanggungjawab sebenar pihak akhbar iaitu untuk berkongsi sesuatu maklumat yang betul dan menjadikan masyarakat yang penuh informasi.
“Masyarakat berinfomasi dapat menjadikan negara semakin aman dan lebih maju ke hadapan. Kalau masyarakat pada keseluruhannya tidak mengetahui perkara sebenar, macam mana negara nak maju?” katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913