Akhbar Singapura, The Straits Times berkata Najib boleh mengharapkan peralihan sokongan masyarakat Cina, tetapi juga perlu menyelesaikan sebarang ketegangan dalaman Umno.
PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.
“Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB,” kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.
“Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.”
Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.
Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.
Pengundi Cina alih arah?
Antara faktor kemenangan Najib, menurut ST, ialah pengundi Cina sudah mula mengalihkan sokongan mereka daripada pembangakang.
Ini kerana ada petanda beberapa segmen masyarakat Cina akan kembali kepada BN disebabkan usaha PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hudud, yang dilihat pengundi Cina sebagai satu pengkhianatan.
Read More / Baca Lagi >>