Model Amerika Syarikat yang hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal terbukti berkesan, kata bekas Presiden Majlis Badan Peguam
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Badan Peguam Datuk Kuthubul Zaman Bukhari menggesa orang ramai supaya menyokong cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menghadkan penggal perkhidmatan perdana menteri.Katanya ia membantu penerapan urustadbir yang baik.
“Model Amerika Syarikat hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal, atau lapan tahun, dan terbukti berkesan.”
Beliau berkata seseorang perdana menteri tidak sepatutnya dibenarkan memegang kuasa selama 22 tahun, merujuk kepada pengasas PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian di sesi wacana “Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi” di Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.
Semalam, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, anak kepada Mahathir, mencadangkan penggal khidmat perdana menteri dihadkan seperti amalan negara maju.
Beliau mencadangkan maksimum dua penggal lima tahun.
Read More / Baca Lagi >>