Kerajaan Umno dan BN sememangnya pandai membuat janji menjelang pilihan raya umum.
Seringkalinya janji yang dibuat hanyalah sebagai pemanis kata bagi meraih sokongan pengundi.
Ini terbukti apabila Hospital Pendang yang dilaung-laungkan sejak bajet 2006 pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi belum menjadi realiti hingga kini.
Sedangkan penduduk dalam kawasan Parlimen Pendang amat mengharapkan hospital yang menelan kos projek RM200 juta tersebut dapat menjadi kenyataan.
Ketika kajian separah penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan dana dan kewangan.
Projek ini kemudian dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta atau PFI.
Pada peringkat awalnya rancangan projek tersbut juga akan mempunyai 108 katil dengan 28 katil di wad lelaki, 28 katil di wad perempuan, 28 katil di wad bersalin, 4 katil di wad kecemasan serta 2 katil di wad bedah.
Namun begitu, setelah 10 tahun menanti, bayang hospital pun tidak kelihatan sehingga menjelangnya pula pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris, kerajaan Umno dan BN sudah sebati dengan seribu satu janji menjelang pilihan raya.
"Sebuah kerajaan sepatutnya menitikberatkan tiga keutamaan dalam pemerintahan sesebuah negeri maupun negara.
"Kerajaan seharusnya menjaga dan mengawal perbendaharaan negara serta ekonomi dengan baik supaya negeri dan negara menjadi maju.
"Mereka semestinya menyediakan perkhidmatan hospital dan kesihatan kepada rakyat seperti mana janji untuk membina Hospital Pendang ini menjadi kenyataan, " jelasnya lagi.
Tegasnya lagi, sikap acuh tidak acuh kerajaan untuk membina hospital yang pernah dilaung-laungkan selama ini untuk dibangunkan hanyalah untuk mendapat undi dan sokongan menjelang pilihan raya.
"Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahaya bahawa kerajaan tiada dana pada waktu ini cukup memalukan, sedangkan peruntukan untuk bajet membina Hospital Pendang telah pun diluluskan.
"Slogan BN Menang, Kedah Senang merupakan antara retorik Umno dan BN Kedah bagi mengaburi mata rakyat negeri ini sejak PRU yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>