Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Cerita sebalik cerita 1MDB dalam pembikinan

$
0
0
Clare Rewcastle-Brown akan menulis sebuah buku berkaitan skandal 1MDB yang dianggapnya sebagai kisah terbesar dalam kejayanya sebagai wartawan penyiasatan.
Pengarang Sarawak Report itu menyatakan buat masa ini dia mungkin kurang menulis di portal berkenaan untuk menyiapkan projek buku tersebut.
"Ia adalah cerita di sebalik cerita, bagaimana dan mengapa saya memulakan liputan mengenai skandal 1MDB. Ia begitu menarik dan mencabar!" katanya kepada Malaysiakini di Nepal semalam.
Clare berada di situ kerana menghadiri Persidangan Kewartawanan Penyiasatan Asia kedua.
Sarawak Report menjadi portal yang sering membuat pendedahan menggemparkan berkaitan skandal syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB.
Ia menjadi perhatian ramai kerana turut melibatkan banyak nama berprofil tinggi, termasuk Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut dikaitkan dalam pendedahan yang membawa kepada beberapa siasatan pihak berkuasa negara asing ialah anak lelaki Rosmah, Riza Aziz serta hartawan muda kontroversi Low Taek Jho yang lebih dikenali dengan nama Jho Low.
Kata Clare turut akan dimasukkan ke buku tulisannya nanti ialah isu pembalakan di Sabah dan Sarawak.
Wartawan British itu bagaimanapun mengakui sukar baginya menyiapkan projek buku berkenaan pada hujung tahun ini walaupun dia berharap sebaliknya.
Ditanya sama ada orang di Malaysia dapat membaca buku itu Clare berkata ia sudah pasti kerana dapat dicapai melalui atas talian.
Clare yang lahir di Sarawak memulakan blog untuk mendedahkan pelbagai maklumat berkaitan aktiviti pembalakan di Malaysia Timur pada Februari 2010.
Sarawak Report itu kemudian memberi fokus kepada isu 1MDB dan dana bernilai jutaan ringgit didakwa dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Kerajaan mendakwa wang itu adalah derma seorang hartawan dari timur tengah.
Siasatan pihak berkuasa terhadap skandal 1MDB turut memperlihatkan Tan Sri Abdul Gani Patail diketepikan daripada jawatannya sebagai peguam negara.
Najib tak yakini Zahid
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913