
Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.
“Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.
Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.
Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.