Dari semalam gegak gempita para balaci dan macai bersorak meraikan ‘kemenangan’ bila dilaporkan Matthias dan Husam menggugurkan saman mereka ke atas mereka yang dinamakan dalam saman DOJ @ harta haram 1MDB ( Mkini )
“NOTIS PEMBERHENTIAN SUKARELA Menurut Kaedah 41 (a) (1) (A) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif (atau plaintif-plaintis) dan atau penasihat mereka, dengan ini memberi notis bahawa tindakan diatas secara sukarela digugurkan, TANPA prejudis terhadap defendan Goldman Sachs Group Inc, Debra Whelan Johnson, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Metropolis IX Capital Advisors, LLC, Red Granite Inc, Riza Shahriz Abdul Aziz , Low Taek Jho. Dokumen difailkan oleh Husam Musa, Matthias Chang. (Burke, Louis).”
Para macai riuh mendakwa mahkamah di US telah menolak kes itu padahal jelas ditulis yang peguam kedua mereka yang telah gugurkan kes.
Kemudian Husam keluarkan kenyataan yang tindakan itu dibuat supaya dapat diadakan pengubahsuaian – “Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB. ( MKini )
Dikatakan ada satu lagi filem terbitan Red Granite selain dari filem lucah Wolf of Wall Street yang terbabit dalam penyitaan iaitu Friends With Kids. Jadi kenalah diubahsuai saman itu supaya ‘matching’ dengan saman DOJ. Kemudian boleh kemukakan saman semula.
Sebenarnya, saya hairan dengan reaksi para macai dan balaci …. Apa yang mereka gembira sangat ? Tindakan tarik balik saman itu tidak ada kesan sedikit pun kepada tindakan saman DOJ.
JUGA …. sebenarnya saya juga hairan dengan tindakan saman oleh Husam dan Matthias dari awal lagi ( makanya saya tidak layan berita itu ) …. Apa tujuan mereka filekan saman yang serupa dengan DOJ ?
Bukankah sudah disebut oleh AG Amerika yang DOJ akan memulangkan semula harta2 rampasan kepada rakyat Malaysia selepas semuanya selesai ? Bagi saya, tidak relevan saman oleh Husam Matthias itu. Saman mereka hanya menunggang / riding tindakan DOJ. Kira2 macam tumpang semangkuk la ….
Makanya pada pendapat saya, kedua mereka saman ke, atau tarik balik saman ke, atau saman semula selepas tarik balik ke, atau kemudian tarik balik saman yang kedua untuk diubahsuai kepada saman yang ketiga pula …. semuanya tidak beri kesan kepada kes utama iaitu saman DOJ ke atas harta haram 1MDB.
KALAU masih tetap nak saman juga di Amerika, kenapa tidak tunggu saja selesai kes DOJ itu, dan buat notis tuntutan atas nama rakyat Malaysia ke atas harta rampasan. ( Tapi bukankah DOJ sendiri dah kata akan pulangkan balik kepada rakyat Malaysia ? )
Tak pun, usahakan satu memorandum rakyat untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika supaya diberi keutamaan agar kes DOJ @ harta haram 1MDB itu dipercepatkan prosidingnya.
Read More / Baca Lagi >>