Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pemandu teksi-Uber bertembung di Sabah

$
0
0
Sekumpulan pemandu teksi di perhentian tumpuan ramai di Kota Kinabalu bersemuka dengan pemandu Uber dan beri amaran sehingga memaksa penumpang keluar dari kereta Uber berkenaan.
uber-carPETALING JAYA: Perkhidmatan Uber di Kota Kinabalu, Sabah yang dilancarkan beberapa bulan lalu turut berdepan masalah, sama seperti dihadapinya di bandar lain di Malaysia, dan juga seluruh dunia.
Dalam minggu lalu, 2 video dikongsi di media sosial menunjukkan pemandu Uber diberi amaran keras oleh pemandu teksi.
Kedua-dua video yang mungkin dirakamkan di perhentian teksi di kawasan popular di sana pada waktu malam, menunjukkan pemandu teksi membuka pintu sebelah pemandu dan berdepan dengan pemandu Uber.
Dalam kedua-dua kejadian, ia berlaku selepas penumpang masuk dan duduk di dalam kereta pemandu Uber.
Pemandu teksi datang bersemuka dan memberi amaran keras jangan mengambil penumpang di situ tanpa menggunakan bahasa kasar.
Mereka memberitahu pemandu Uber yang itu kawasan mereka dan memberi amaran jangan mengambil penumpang di situ. Salah seorang pemandu teksi itu juga berkata “Uber haram di Sabah”, kepada pemandu Uber dan pemandu berkenaan meminta maaf dan setuju untuk mendengar amaran pemandu teksi.
Pemandu teksi terbabit kemudian menyasarkan penumpang, mengarahkan mereka keluar dari kereta Uber itu.
Pemandu Uber dalam video itu kelihatan merayu supaya pemandu teksi tidak mengapa-apakan mereka dan penumpang.
Klip video itu, dipercayai dirakam salah seorang pemandu teksi yang turut serta berkonfrontasi dengan pemandu Uber itu tamat tiba-tiba dan tidak diketahui sama ada berlaku keganasan atau tidak.
Laporan berita tempatan memetik polis Sabah sebagai berkata tidak ada laporan dibuat mana-mana individu yang diancam keselamatan mereka oleh pemandu teksi di bandar itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913