Setelah berlangsung dengan meriahnya sambutan ulangtahun parti Amanah di Bakri, Muar, ramai yang menjangkakan suatu perubahan politik yang besar akan berlaku di negeri selatan semenanjung itu.
Walaupun ia dinggap kubu kuat Umno/BN selama puluhan tahun tetapi dengan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini menunjukkan negeri itu bakal menyaksikan perubahan politik, terutama dalam pilihan raya umum yang akkan datang.
Parti Amanah Johor yang sedang berkembang pesat diberi peluang menjadi tuan rumah sambutan setahun parti itu yang lahir di Muar Johor.
Tahniah kepada Amanah Johor yang dipimpin oleh Aminul Huda Hasan serta para pendukung Amanah yang bertungkus lumus membuat persiapan sambutan tersebut yang penuh makna.
Momentum yang dilihat dalam majlis tersebut sangat memberansangkan, menghantar isyarat bahawa tembok kebal Umno/BN di Johor itu bakal runtuh, memandangkan sokongan kuat dari rakyat Johor Sendiri.
Seperti kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub, Negeri Johor akan menjadi destinasi politik yang menarik untuk pakatan pembangkang menerajui negeri itu selepas Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Katanya, kecenderungan pakatan pembangkang untuk merampas negeri Johor itu disokong dengan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bermakna ada gandingan dari Amanah (Salahudin Ayub) dan Bersatu (Tan Sri Muhyidin Yasin).
Semua petanda ini adalah positif untuk membawa perubahan di negeri itu.
Memang senario politik di Johor sudah melalui beberapa proses krisis kepimpinan di kalangan pemimpin utama Umno negeri itu dan terkini, krisis bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pernah menjawat jawatan menteri besar Johor (1986-1995).
Kata Salahudin: "Di Johor ada satu perkara yang kita boleh 'ride on' kalau kita mengkaji sejarah bangsa Johor. Ia bukan sifat kenegerian yang akan memisahkan Johor dan Persekutuan tetapi kemunculan bangsa Johor itu dalam konteks berdepan dengan isu semasa seperti 1MDB dan kemungkaran politik perdana menteri."
Memang Negeri Johor bakal jadi destinasi politik yang menarik kerana apa yang berlaku di Johor menuntut kita melalui proses kematangan dan kebijaksanaan untuk Pakatan Harapan dan Bersatu merampas negeri itu.
Masyarakat Melayu di negeri itu selama ini memang sangat rapat dengan Umno. Dari segi sejarah penubuhan Umno itu yang bermula di Johor dan krisis politik yang berterusan hingga kini.
Salahudin melihat, antara Parti Bersatu dan Pakatan Harapan boleh bekerjasama lengkap melengkapi untuk cetuskan gelombang politik baharu di Johor. Ini, katanya, Johor satu destinasi politik yang dinamik.
Read More / Baca Lagi >>