Pilihanraya kali ini adalah
pilihanraya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi
Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap
waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain
pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat.
Bagi saya secara jujur, dan realistik
pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk
mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya
mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan
perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan
perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini.
Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas
pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika
kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik
peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji
kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi.
Bagi BN isu-isu besar yang mereka
hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi
yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah
menjadi ‘stigma’ kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk
menghilangkan ‘stigma’ itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan
baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang
ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>