Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Terengganu contohi Sarawak tuntut hak hasil minyak

$
0
0
Syed Azman akan melancarkan kempen 100,000 tanda tangan untuk dipersembahkan kepada raja Melayu.
syed-azman-1
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok dari Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mahu mengikut jejak Sarawak dalam menuntut pembayaran royalti hasil minyak, dengan melancarkan kempen mengumpul tanda tangan orang ramai.
Syed Azman berkata Terengganu perlu mencontohi negeri itu yang berjaya membawa Petronas dan kerajaan pusat ke meja rundingan.
Di bawah pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Sarawak berusaha mendapatkan hak yang lebih dalam hasil minyak dan gas.
Syed Azman berkata sejak 2000, Terengganu dinafikan hak menerima royalti 5%, yang ditarik balik kerajaan pusat dan digantikan dengan “wang ehsan” dari Putrajaya.
Tahun lalu, Petronas berkata ia tidak lagi perlu membuat pembayaran kepada negeri itu kerana telaga minyak yang terletak di luar lingkungan 3 batu nautika bukan di bawah Terengganu.
“Sebagai anak Terengganu, saya tidak boleh menerimanya. Saya mahu berusaha membawa perubahan,” kata Syed Azman yang berkata usaha itu menerima sokongan 7 NGO dari negeri itu.
Menurutnya, kempen mengumpul tanda tangan akan dilakukan atas talian, dan menyasarkan 100,000 tanda tangan untuk dipersembahkan kepada raja Melayu.
Ahad lalu, dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Syed Azman menyenaraikan 10 resolusi bagi menyelesaikan tuntutan royalti minyak Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913