Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

DAP akan letak calon Melayu jika mahu menang mudah PRU, kata Umno Selangor

$
0
0

Datuk Mat Nadzari Ahmad DahlanDatuk Mat Nadzari Ahmad DahlanUmno menjangkakan DAP akan menang mudah banyak kerusi yang dipertandingkan di Selangor sekiranya meletakkan calon DAP Melayu di kawasan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, tidak akan menyumbang kepada peratusan sokongan pengundi di setiap kawasan terhadap parti yang bertanding.
""Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh diharapkan sangat untuk mana-mana parti yang bertanding akan menang.
"Di Selangor contohnya kita lihat DAP boleh menang mudah dibanyak kawasan bukan Melayu.
"Tidak hairan nanti di kawasan ini DAP akan meletakkan calon Melayunya.
"Silap hari bulan, calon DAP boleh jadi Menteri Besar Selangor selepas ini," telahannya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulaskenyataan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan(IDE), Prof Datuk Dr Reduan Othman, pada Selasa, dipetik berkata, BN akan menang di Selangor jika pertandingan tiga penjuru berlaku di negeri itu.
BN juga akan menang sama ada sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya ataupun selepas persempadanan semula.
Justeru apa yang diperlukan untuk mempastikan BN boleh dikalahkan adalah dengan memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dengan parti pembangkang berlaku.
Mat Nadzari yang juga Adun Batang Kali tidak bersetuju apabila dapatan analisis dilakukan itu menunjukkan BN di Selangor akan kalah jika berlaku pertandingan dua penjuru.
" Come on man... BN boleh kalah dengan Amanah dan Bersatu, dua penjuru?
"Itu rumusan mengikut data dan sampling mereka. Ini (analisis) sekadar hendak menyejukkan hati dan meyakinkan Amanah dan Pas saja," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913