KUALA LUMPUR, 30 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan
60,673 kad pengenalan (IC) meragukan seperti didedahkan dalam
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan “Projek IC” masih sah
kerana tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) yang mengatakan senarai pengundi bermasalah tersebut masih berada dalam daftar pemilih.
“Senarai daftar pemilih yang dibangkitkan dalam RCI itu masih sah, lagipun tiada sebarang keputusan muktamad yang dicapai.
“RCI pun masih belum habis dan buat keputusan, macam mana kita nak buang daftar pemilih tersebut,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz juga berkata pengundi tersebut adalah warganegara Malaysia, malah daftar pemilih tersebut telah dipamerkan sejak dua minggu lalu bermula pada 17 Januari lalu dan selesai diwartakan sebagai pengundi untuk pilihan raya 5 Mei ini.
“SPR telah pun pamerkan senarai daftar pemilih itu selama dua minggu, kalau mereka bantah sepatutnya ia buat dalam tempoh itu.
Read More / Baca Lagi >>