Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Bekas sarjan TUDM bebas tuduhan curi, lupus enjin pesawat

$
0
0
Mahkamah mendapati selepas perbicaraan selama 6 tahun, pihak pendakwaan gagal membuktikan tuduhan ke atas kedua-dua tertuduh.
curi-enjinPUTRAJAYA: Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sarjan N. Tharmendran dan ahli perniagaan K Rajandran Prasad yang didakwa di mahkamah kerana bersubahat mencuri dan melupuskan enjin pesawat, dibebaskan hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Aslam Zainuddin dalam keputusannya berkata selepas perbicaraan selama 6 tahun, pihak pendakwaan gagal membuktikan tuduhan ke atas kedua-dua tertuduh.
“Selepas mendengar keterangan semua saksi dan bahan bukti, hujah pihak pendakwa dan pembela, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan semua tuduhan terhadap mereka,” katanya.
Ahli keluarga kedua-dua tertuduh menitiskan air mata mendengar keputusan mahkamah.
Tharmendran dan Rajandran mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pada 6 Januari 2009 di bawah Seksyen 380 dibaca bersama Seksyen 109 kerana bersubahat mencuri 2 enjin J85-21 dari jet F5 dan Seksyen 414 kerana sengaja melupuskan enjin tersebut.
Selain itu, Tharmendran dan Rajandran didakwa bagi 9 kesalahan lain mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) untuk pengubahan wang haram berjumlah RM936,639.
Menurut fakta kes, Tharmendran dikatakan menggunakan wang yang diperoleh melalui aktiviti menyalahi undang-undang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Manakala Rajandran pula menggunakan wang melalui aktiviti menyalahi undang-undang untuk membiayai perbelanjaan sebuah apartmen di Bangsar serta membeli sebuah syarikat, membeli saham dan deposit akaun peribadi.
Seramai 54 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam tempoh perbicaraan sepanjang 7 tahun itu.
Mereka diwakili Rajpal Singh, Gobind Singh dan Haijan Omar manakala Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad dan Asmah Musa mengendalikan pendakwaan.
Sebelum ini, saksi Mohamad Shukri Mohd Yusof dalam keterangannya mengaku mencuri enjin J85-21 di Pangkalan Tentera Udara di Sungai Besi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913