Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dr M dakwa Najib 'sabotaj demokrasi'

$
0
0
Tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa lawannya cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata apa yang berlaku sekarang ialah Najib menolak demokrasi
"Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.
"Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara," kata Mahathir dalam catatan di blognya semalam.
Bekas perdana menteri itu berkata ini dilihat berlaku di Australia, AS, UK dan Brazil di mana pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.
"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai perdana menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," kata Mahathir.
Beliau mendakwa antara contohnya ialah ketiadaan pemisahan kuasa kerana Najib kini kuasai legislative (perundangan), eksekutif dan kehakiman (judiciary), manakala ahli Parlimen didakwanya terpaksa akur dengan kehendak perdana menteri.
Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.
Beliau mendakwa bahawa pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera serta media tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka atau berdepan dengan akibatnya.
Mahathir juga berkata bahawa Akta Keselamatan Negara 2016 yang baru diperkenalkan, tidak membolehkan inkues diadakan sekiranya seorang warganegara atau seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913