Bersih 2.0 tidak gentar dan mengingatkan kumpulan baju merah dalam kempen Merah V2 tidak melakukan kekecohan yang dijangka akan turut sama berdemontrasi balas terhadap konvoi Bersih 5 yang bermula esok.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jika berlaku pertembungan diharapkan kedua pihak tidak menimbulkan kekacauan kerana konvoi yang dilakukan ini secara aman." Konvoi Bersih 5 hingga kemuncaknya pada 19 November depan dilakukan secara aman dan mendapat permit berhimpun.
"Saya harap dia (Jamal Md Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau bilau terhadap peserta Bersih di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman. Jadi mereka pun kenalah berhimpun secara aman dan tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap peserta yang berhimpun," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal dan kumpulan baju merah dijadualkan akan berada di Perak jam 4 petang ini dan keesokkan pagi kumpulan ini akan bergerak ke pekan Lumut dan ke Teluk Intan.
Kumpulan baju merah ini pernah menangguhkan perhimpunan balas Bersih 4 pada 2015 kerana nasihat daripada pihak polis bagaimanapun dalam Bersih 5, beliau mahu mengabaikan sebarang nasihat diberikan polis, untuk turun berhimpun dalam konvoi dan acara kemuncak Bersih 5 diadakan itu.
Read More / Baca Lagi >>