Pengerusi Felda berkata apa berlaku dalam Felda hanya pengurusan tertinggi saja yang tahu, dan PAS hanya pandai membangkang.
PETALING JAYA: Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad membidas desakan timbalan presiden PAS supaya beliau dipecat daripada terus menerajui anak syarikat milik kerajaan itu yang didakwa sarat dengan hutang.Isa berkata ini kerana kuasa melantik pengerusi Felda terletak dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukannya PAS.
“Bukan kuasa PAS hendak lantik pengerusi, tetapi perdana menteri. PAS kerjanya pandai membangkang saja,” katanya kepada FMT.
Isa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibarahim Tuan Man supaya beliau ditukar susulan kegagalannya mengurus tadbir Felda dengan baik di mana yang terbaru, projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) “tergendala sedikit” kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
“Malapetaka Felda bermula apabila Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.
“Kegilaan Isa berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan,” kata PAS.
Read More / Baca Lagi >>