Hari ini bermulanya Konvoi Bersih 5 di enam bandar utama di Lumut, Johor Baharu, Miri, Kangar, Kota Baharu, Sandakan dan Miri berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan di lokasi terbabit.
Dari tinjauan Malaysia Dateline di setiap negeri konvoi bermula jam lebih kurang 9.30 pagi untuk melakukan 'flag off' menuju ke lokasi seterusnya yang telah dijadualkan.
Konvoi Bersih 5 ini dimulakan di empat bandar utama di Semenanjung dan dua bandar utama di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
Enam bandar utama terbabit dalam acara `flag off' akan menjadi 'check point' semua peserta konvoi sejak awal pagi lagi untuk bersama dengan pemimpin politik, NGO, gerakan mahasiswa dan rakyat.
Dikalangan peserta ada yang menaiki basikal, bermotor, berkereta menuju ke laluan yang akan menjadi perhentian peserta dibeberapa daerah dan mukim (lokaliti) negeri terbabit.
Perhimpunan Bersih 5 kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.
Selain bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamnya penduduk luar bandar tujuaan berkaitan tuntutan Bersih 5 terhadap kerajaan yang memerintah.
Manakala konvoi yang diadakan selama tujuh minggu ini 'obor'akan sentiasa dinyalakan ke setiap destinasi dituju bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang tuntutan Bersih 5.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullahsebelum ini dipetik berkata kepada Malaysia Dateline , beliau berharap Konvoi Bersih 5 yang akan dirasmikannya di Kota Bharu hari ini, berlansung aman.
Malah katanya lagi, jika kumpulan baju merah turut hadir di lokasi peserta konvoi beliau berharap peserta tidak dihalang atau berlaku provokasi oleh kedua pihak membabitkan baju kuning dan baju merah.
Konvoi Bersih 5 yang memperoleh permit kebenaran berhimpun disetiap negeri tidak seharusnya timbul mana-mana pihak menghalang perhimpunan aman dilakukan peserta konvoi.
Konvoi Bersih 5 yang bermula hari ini akan diadakan setiap minggu dan berlansung selama tujuh minggu sebelum tiba ke acara kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 19 November depan.
Read More / Baca Lagi >>