Bukan kesenangan dan kemewahan yang menjadi hambatan sejak berjuang 40 tahun bersama PAS. Sebaliknya jika itu yang menjadi kejaran, sudah pasti telah lama Umno menjadi parti yang menjadi pilihan. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Pusat Komuniti Amanah cawangan Bagan Tiang, Parit Buntar.
"Menyedari perlunya tajdid atau reform, maka pengorbanan bersama Amanah adalah laluan terbaik bagi menyekat kemungkaran yang berluasa dalam negara.
"Perjuangan Amanah adalah untuk membawa perubahan bersama-sama dengan dokongan rakan-rakan dalam pembangkang yang tidak mesra Umno dan BN.
"Terbukti apabila Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sudah mampu memberi ransangan hebat apabila Amanah mampu untuk mendapat dokongan yang amat besar, " jelasnya lagi.
Beliau juga berkata, Amanah optimis mampu untuk mempertahankan Kelantan dan menjadi peneraju dalam PRU ke 14 yang akan datang.
"Amanah mampu untuk membuat perubahan di Kelantan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Namun begitu, kita tidak boleh menjadi 'lone ranger' atau pun solo bersendirian.
"Jika serius nak menang, kita mesti bergabung dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) , " tegasnya lagi.
Malah katanya, amalan label melabel pihak lain dengan fahaman takfirin, pengkhianat dan munafik bukan tuntutan Islam yang harus diamalkan.
"Bukanlah teladan yang baik bagi seorang pemimpin yang berlabelkan Islam atas jenama yang dipakai mentakfir orang lain.
"Yang Amanah perjuangkan bukanlah untuk daulatkan mana-mana pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>