
Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.
“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk
Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.