SELAIN Umno dan DAP, semua parti sama ada daripada BN ataupun pembangkang tidak memperoleh apa-apa kelebihan dalam cadangan peta persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sekiranya cadangan persempadanan semula itu diluluskan Parlimen, sementara Pakatan Harapan gagal mencapai kata sepakat dengan Pas mengenai pembahagian kerusi, adalah diramalkan Selangor dan Kelantan yang diperintah oleh pembangkang akan berjaya dirampas oleh BN pada PRU14.
Penganalisis PKR, Chan Ming Kai memberitahu Sin Chew Jit Poh, hasil kajian partinya juga mendapati tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Terengganu juga bakal dimenangi BN dengan majoriti dua pertiga kerusi.
Menurutnya, di bawah cadangan SPR itu, kebanyakan pengundi Cina akan dipindahkan ke kawasan milik DAP sehingga kawasan campuran Melayu dan Cina semakin berkurangan.
"Apabila berlakunya keadaan ini, Umno Selangor akan dapat faedah kerana tidak dapat dinafikan, kemenangan calon Pas pada PRU 2013 adalah atas sokongan pengundi Cina.
"Keadaan juga tidak akan memihak kepada Pas sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru apabila Amanah turut meletakkan calon," katanya.
Ming Kai berkata, keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan apabila Amanah meletakkan calon sehingga membabitkan tiga penjuru.