Oleh Ku Seman
Saya mengikuti isu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan kurang fasih berbahasa Inggeris ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke 71 di New York baru-baru ini. Tetapi saya bukanlah orang yang tepat untuk menilai kefasihan Zahid kerana saya bukanlah arif dalam bahasa Inggeris.
Saya mengikuti isu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan kurang fasih berbahasa Inggeris ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke 71 di New York baru-baru ini. Tetapi saya bukanlah orang yang tepat untuk menilai kefasihan Zahid kerana saya bukanlah arif dalam bahasa Inggeris.
Tanpa menyanggah atau menafikan hujah rakan-rakan yang mengkritik kelemahan Zahid, saya mengakui fasih adalah satu hal penting tetapi yang lebih penting isi pemikiran atau hujah yang dilontarkan oleh sang orator.
Apakah kita akan berbangga sekiranya pemimpin kita yang sangat fasih berbahasa Inggeris tetapi hujah-hujahnya tidak memperlihatkan pemikiran seorang tokoh? Kelemahan di segi penuturan boleh dilatih. Tetapi untuk mempunyai pemikiran dan gagasan idea yang besar, prosesnya bukan saja panjang malah tidak mudah.
Saya sengaja tidak mahu menjadikan alasan banyak pemimpin dunia yang lain juga teruk penguasaan bahasa Inggerisnya. Hal itu barangkali kesengajaan mereka tidak mahu memahirkan diri berbahasa Inggeris kerana mahu merendahkan bahasa itu.
Pemimpin Korea, Jepun atau Perancis juga menutur sebutan bahasa Inggerisnya ada nuansa bunyi bahasa ibunda. Mereka peduli apa. Orang Perancis sangat berbangga dengan bahasa mereka, begitu juga Korea atau Jepun. Samalah juga dengan dasar negara-negara berkenaan untuk tidak menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi menjadi negara industri yang jauh lebih maju berbanding kita yang ada program khas memperkasa bahasa Inggeris.
Memang benarlah apabila kita bertutur sesuatu bahasa, kita wajib memurnikan bahasa itu dari semua aspek termasuk tatabahasa dan sebutan. Tetapi peliknya orang Melayu tidak pernah merasa terhina apabila orang luar atau pemimpin sendiri tidak fasih berbahasa Melayu.
Apabila berada dalam dua keadaan, satu tidak fasih tetapi hujahnya bernas dan kedua, tidak fasih ditambah hujahnya mengarut, melalut dan melaut. Saya fikir kita patut merasa lega apabila Zahid setidak-tidaknya hanya kurang fasih tetapi hujah dan retorikanya diyakini.
Tidak wajarlah kelemahan Zahid kurang fasih berbahasa Inggeris ini tidak boleh dijadikan penanda aras seorang pemimpin. Zahid wajar dinilai dengan adil misalnya dalam kurang fasih berbahasa Inggeris beliau antara orator yang tidak boleh diperkecilkan. Maknanya kita boleh menilai kelebihan-kelebihan yang lain untuk menilai seseorang pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>