Dipenjara dua kali di bawah kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, ada rasa terpendam di lubuk hati Mohamad Sabu.
"Saya dengan Dr Mahathir, cukup geram. Dua kali saya kena jail (penjara) di bawah (kepimpinan) dia, (Lim) Kit Siang pun (sama)," katanya di majlis ceramah di Kuala Lumpur malam tadi.
Namun bagi presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu apa yang terjadi sudah berlalu dan semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa dalam politik perlu wujud permuafakatan.
Dalam politik juga katanya tidak ada istilah rakan atau musuh yang kekal abadi.
"Di Malaysia ni kalau nak politik sorang-sorang (bersendirian), eloklah duduk sorang-sorang. (Sepatutnya) kita mesti ada muafakat," katanya di majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan AMANAH peringkat Wilayah Persekutuan.
AMANAH ditubuhkan oleh sekumpulan pimpinan dan ahli PAS yang diketepikan dalam muktamar parti berkenaan di Kuala Selangor tahun lalu.
Ia kini bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan (HARAPAN) serta bekerjasama dengan kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Ketika bersama PAS dulu Mohamad - lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu - pernah berseteru dengan Dr Mahathir dan mereka berperang mulut untuk seketika.
Bagaimanapun Dr Mahathir kini bersama BERSATu sebagai pengerusi parti berkenaan dan giat berjuang untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Kata Mohamad, Dr Mahathir kini tidak lagi berkuasa dan sedang berusaha untuk menumbangkan BN dan berkawan dengan pembangkang.
Mengaitkan kenyataan itu dengan seruan Islam supaya memperkatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim Mohamad berkata Dr Mahathir kini tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.
Mahu kongsi kekuatan
Sebaliknya kata Mohamad kini mereka menjadi "kawan".
"Dia (Dr Mahathir) dah pencen, tak ada kuasa. Mahathir nak jadi perdana menteri? Umur dia dah 91.
"Sekarang kita besama-sama untuk menjatuhkan BN," katanya.
Walaupun begitu Mohamad berkata dia tidak memiliki jiwa yang besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara di Sungai Buloh.
"Dia (Anwar) dipenjara, pergi ke mahkamah dan boleh bersalam (dengan Dr Mahathir). Kalau aku, pang!" katanya disambut ketawa hadirin.
Mohamad merujuk kepada pertemuan bersejarah antara Anwar dan Dr Mahathir di mahkamah Kuala Lumpur ketika bekas timbalan perdana menteri itu memfailkan saman mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara.
Read More / Baca Lagi >>