Netizen hari ini menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir penonton Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang yang dikatakan menghina dan mengaibkan Jalur Gemilang semalam.
Beberapa komen di Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKKM)rata-rata marah dengan tindakan penonton F1 yang dipercayai warga asing, menghina Jalur Gemilang dengan menjadikan bendera Malaysia itu sebagai seluar dalam.
Mereka juga menuntut agar pihak penganjur F1 di Sepang dikenakan tindakan kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir.
Seorang netizen, Mohd. Zaine Md. Sharif turut memuat naik komen: "Bangsa apa ini ... Tidak hormat negara kita ???" manakala Mohamad Farid pula memberikan komen "Melampau..pihak pgurusan (pengurusan) mne (mana?)".
Dalam pada itu, Srikandy Osanthy Nunha Salia yang turut marah dengan insiden berkenaan memuat naik status "indeed immoral and insulting state malaysia (Memang tidak bermoral, menghina negara Malaysia" manakala Mohd. Din Daud pula menyatakan "OH negara ku ... ke mana perginya penganjur... atau ini salah satu slot yang penganjur selitkan..."
Sementara itu di laman Twitter, Ranes Subramaniam (@ranes1985) pula memuat naik status: "Action should be taken on them. Very disrespectful towards the National Flag. @PDRMsia @themmailonline @UMonline @BuletinTV3 (Tindakan perlu diambil terhadap mereka. Tidak menghormati bendera kebangsaan"