Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Deklarasi Putrajaya Angkat Taraf Hidup Penjawat Awam

$
0
0
HUSAM_anwar 01
PUTRAJAYA 02 MEI : Pembayaran gaji berasaskan 52 minggu setahun untuk penjawat awam berbanding 48 minggu yang dipraktikan sekarang, adalah antara perubahan yang akan dibawa Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat mentadbir Putrajaya.
Langkah itu adalah antara 13 cadangan Deklarasi Putrajaya yang dilancarkan semalam oleh calon parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam disamping menjaga kebajikan mereka secara menyeluruh.
Menurut Husam, deklarasi tersebut dibentuk dengan mengambil respon dari penjawat awam menerusi laman sosial.
Cadangan pembayaran gaji 52 minggu itu diutarakan oleh bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Nordin Abdul Hamid.
“Dalam Deklarasi Putrajaya ini, 13 perkara tersebut meliputi membina potensi penjawat awam, sebagai contoh gaji penuh semasa cuti belajar.
“Dalam feedback Facebook didapati sesetengah penjawat awam tidak dibenarkan mengambil PHD kerana ketua jawatan tidak mempunyai PHD,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913