KUALA LUMPUR 2 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membazirkan RM5 juta untuk pembelian dakwat kekal tetapi boleh ditanggalkan dalam masa singkat, selepas dicalit di jari pengundi pada pengundian awal Selasa lalu.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty mempersoal jaminan SPR yang mendakwa dakwat itu tahan seminggu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

“Ini hanya membazirkan duit rakyat kerana kita tahu untuk menempah dakwat kekal melibatkan kos yang tinggi berdasarkan pengakuan SPR sebelum ini. Mana jaminan SPR?” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, SPR melalui pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui pembelian dakwat kekal melibatkan kos yang besar tetapi tidak mendedahkan amaun sebenar.
Bagaimanapun, Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, SPR membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat kekal baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU 2008 sudah dilupuskan kerana tamat tempoh.
Pada 2008, SPR bercadang menggunakan dakwat kekal, tetapi membatalkan seminggu sebelum pilihan raya atas faktor keselamatan.
Read More / Baca Lagi >>