Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

505: Ini adalah tentang kita!

$
0
0
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Hari mengundi. Akhirnya kita sampai di sini. Hari ini, kita — 13.3 juta daripada kita yang layak mengundi — akan menentukan bagaimana keadaan lima tahun akan datang.
Sepanjang dua minggu tempoh berkempen telah membawa keluar perkara baik dan buruk bukan sahaja bagi calon, tetapi bagi diri kita. Orang-orang yang dipikat untuk mengundi.
Sesetengah orang mengatakan ini telah menjadi perbalahan pilihan raya terhebat kerana kawan dan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri kerana pandangan berbeza.
Ini telah selalu berlaku akan tetapi sekarang, dengan Facebook dan media sosial lain, “pergaduhan” menjadi lebih besar dan tersebar dengan lebih cepat.
Akan tetapi ini, ini adalah tindakan demokrasi sebenar. Walaupun sebelum satu kertas undi dipangkah, kita sudah menyaksikan perselisihan dan putus kawan di Facebook dan di mana sahaja akan tetapi, tidak mengapa sebenarnya.
Akhirnya, kita belajar untuk menyuarakan pendapat kita. Kita belajar untuk bersuara. Tidak mengapa jika anda tidak bersetuju dengan apa yang kawan anda katakan. Tidak mengapa jika anda fikir dia bodoh kerana menyokong sesetengah calon.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913