Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

505: Pemantauan dilakukan terhadap warga asing ‘berkelakuan pelik’ dalam PRU13, kata PAS

$
0
0
Sukarelawan PAS akan berada di tempat tertentu di seluruh negara untuk memantau terutamanya terhadap warga asing, yang berkelakuan pelik dan mungkin mengundi esok, kata naib presiden Salahuddin Ayub hari ini.
Ini berlaku kerana ketakutan mengenai warga asing diterbangkan ke semenanjung Malaysia untuk mengundi sebagai pengundi hantu yang kecoh beberapa hari menjelang Pilihan Raya 2013 walaupun kedua-dua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan polis telah menafikan perkara ini.
“Semenjak keluar berita semalam, kami telah merancang strategi untuk memantau dan kami telah menghantar laporan ke pusat operasi kami,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Kami mahu memberitahu mereka, jangan fikir pergerakan dan tindakan mereka tidak diperhatikan,” katanya.
Menurut Salahuddin, agen dari PAS dan juga parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) melakukan pengintaian hari ini, dibantu oleh maklumat daripada orang ramai.
Ejen-ejen diletakkan di pelbagai tempat, termasuk stesen bas, lapangan terbang, dan kediaman tetapi Salahuddin enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai ejen-ejen kerana bimbang dengan keselamatan mereka.
Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan hari ini mustahil bagi warga asing untuk mengundi esok dan polis akan mengambil tindakan sekiranya berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913