Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

505: Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi Ragu

$
0
0

Peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri adalah cerah sekiranya semua rakyat Selangor keluar mengundi esok bagi mengatasi kehadiran pengundi ragu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika majoriti rakyat yang mengundi adalah besar, maka peratusan pengundi ragu untuk mengganggu proses pilihan raya di sesebuah kawasan dapat dikurangkan.
mb perutusan 4 meiMenurutnya, ia disokong melalui beberapa kajian yang menunjukkan peratusan PR untuk menawan Putrajaya dan memenang semula di Selangor adalah tinggi.
“Kita minta rakyat turun beramai-ramai dan memilih parti yang mereka ingini.
“Jika peratusan yang keluar mengundi adalah besar, maka sebarang penipuan tidak akan berhasil,” katanya.
Beliau berkata, persaingan antara PR dengan Umno-BN juga dijangka sengit pada Pilihan Raya Umum Ke -13 kali ini berbanding 2008.
Bagaimanapun beliau yakin rakyat akan lebih memihak kepada PR berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima gabungan itu baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913