
"Saya masih yakin kita boleh menjana satu lonjakan yang besar dengan syarat, rakyat Malaysia yang berhak untuk mengundi keluar secara beramai-ramai pada hari esok," katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau yang juga calon bagi kawasan Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa menyeru orang ramai supaya keluar beramai-ramai bagi menjalankan tanggungjawba mengundi hari ini.
"... keluar di awal pagi dengan jumlah peratus yang cukup tinggi kerana apabila peratusan itu tinggi, kemungkaran dan penipuan akan tenggelam," ujar beliau.
Sementara itu bagi calon kerusi Parlimen Parit Buntar, Muammar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin dari Barisan Nasional (BN), maklum balas setakat ini memihak kepadanya.
"Kita mendapat reaksi positif terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, India dan Cina di kawasan ini yang begitu gembira dengan pelan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.