KUALA TERENGGANU – Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0
dianggap terbesar dan terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Pengarah program, Ariffin Deraman berkata, himpunan tersebut sebagaimana penganjuran PGU lain sebelum ini akan memberi penjelasan kepada rakyat bagi memastikan peralihan kuasa di negeri ini dan membantu laluan pakatan pembangkang menuju ke Putrajaya.
Sebagaimana diketahui sebelum ini, PGU adalah program pembangkang memujuk rakyat menolak parti kerajaan.
“Ia lambang inspirasi rakyat supaya tolak Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Antara pimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ke program tersebut bermula 13 hingga 15 Disember lalu di Paka ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Selain golongan artis yang pernah membuat pengumuman menyertai PR hadir memeriahkan majlis, Ariffin berkata, badan bukan kerajaan (NGO) turut dijemput menyampaikan ceramah, antaranya Sekretariat R, Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan wakil anti-Lynas.
Read More / Baca Lagi >>