Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

505: Pengundi pos undi dua kali?

$
0
0
Ini bermakna semua pengundi pos dan pengundi awal berpotensi untuk menjadi pengundi hantu.
PETALING JAYA: PKR mendedahkan seorang pengundi yang dikenali telah mengundi dua kali di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh hari ini dan sekaligus mengesahkan wujudnya pengundi hantu.
Pengundi tersebut ialah seorang petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengundi secara pos namun apabila beliau pergi ke Pusat Mengundi Tanjung Berembang dalam kawasan Sungai Acheh, beliau dibenarkan mengundi sekali lagi.
“Ini bermakna semua pengundi pos dan pengundi awal berpotensi untuk menjadi pengundi hantu,” kata Edy Noor Reduan, pengarah media calon PKR N21 Sungai Acheh.
Dalam pada itu katanya, dua orang pengundi disyaki warga asing ditahan di perkampungan Cina Sungai Udang.
Menurut beliau, pegawai PACA (Polling Agent Counting Agent) PKR telah membuat bantahan kerana kampung tersebut hampir 100 peratus orang Cina dan mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913