KUALA LUMPUR, 6 Mei — Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang
menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada
“tsunami Malaysia” berbanding “tsunami Cina”, kata bekas Ketua Pengarang
Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir
Jasin.
Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.
“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.
“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” tambah beliau lagi.
Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.
Read More / Baca Lagi >>