
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengampuni perkenan perlantikan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Upacara majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan itu berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini petang semalam, di hadapan Sultan Muhamamd V.
Ahmad berkata beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baru dilantik akan meneruskan misi dan visi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memacu pemerintahan dan pembangunan negeri.
Selain mengekalkan beberapa Exco sessi lepas, Exco baru dilantik terdiri dari Datuk Mohd Nassuruddin Daud (mantan Speaker Dewan Negeri Kelantan), manakala muka baru dilantik Hanipa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir), Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong) serta pengamal undang-undang Mumtaz Md Nawi (Adun Demit).