Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU 13: Bersih bentuk tribunal, tuntut SPR letak jawatan

$
0
0

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mempersoalkan keabsahan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan pelbagai pelanggaran sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga, berkata pelanggaran itu bukan sahaja berlaku sebelum tempoh pembubaran parlimen, tetapi turut berlaku ketika hari pengundian.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, Ambiga berkata pihaknya menerima pelbagai laporan pelanggaran yang dilakukan sepanjang PRU13 ini.

Sehubungan itu, menurut Ambiga, badan pro demokrasi itu akan membentuk satu tribunal awam untuk memperhalusi segala bukti-bukti pelanggaran yang diterima pihakny.

"Kami mengalu-alukan rakyat yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran sepanjang PRU ini untuk membuat laporan polis, seterusnya berkongsi dengan kami mengenainya," tegas beliau.

Tribunal itu, katanya akan ditubuhkan dalam minggu ini, dan akan melengkapkan laporan berkaitan dakwaan pelanggaran tersebut dalam tempoh sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913