7 MEI — Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak
kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada
semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Selesai
pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit.
Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri.
Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah
menjadikan badan sakit.
Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan “kekalahan”. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai.
Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.
Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa.
Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU13 tetap sejak dari PRU1 lagi.
Read More / Baca Lagi >>