Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

505: Utusan pertahankan ‘Apa lagi Cina mahu?’, terus menyerang DAP

$
0
0
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempertahankan keluaran muka hadapan mereka semalam bertajuk “Apa lagi Cina mahu?”, meneruskan serangan mereka terhadap DAP yang dikatakan menghasut masyarakat Cina dan menjadi sebab kepada persembahan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.
Dalam tulisan di kolumnya, Pengarang Berita Kanan 2 Zulkiflee Bakar mempertahankan laporan muka depan semalam yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina dalam Pilihan Raya 2013.
“Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13,” tulis beliau hari ini dalam kolum bertajuk “Siapa dulu memulakan provokasi?”
“Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran,” tambah beliau lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913