Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan
masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan
mengangkat sumpah.
Tidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah,
kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya tidak berkongsi pandangan tersebut.
Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.
Read More / Baca Lagi >>