Seorang bekas pegawai BSI Bank di Singapura, Yeo Jiawei yang semalam didapati bersalah kerana mengganggu saksi berhubung penyiasatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB, hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh mahkamah republik itu.
Beliau ialah pegawai ketiga daripada BSi Bank yang sudah ditutup, yang dijatuhi hukuman oleh kerajaan Singapura dalam penyiasatan yang dijalankan terhadap 1MDB.
Bagaimanapun Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani sebaliknya menyambut baik keputusan mahkamah Singapura itu.
"Sangat baik kerana kami mahu semua bank yang terbabit mengambil tindakan.
"Itu sahaja. Bagi Malaysia, kita akan melalui proses itu," katanya lagi.
Apa maksud daripada reaksi Johari itu?
Suatu kenyataan ikhlas atau sindiran kepada mana-mana pihak?