Nik Abdul Aziz Nik
Seperti lagu dan irama, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pas dan Kelantan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 46 tahun lalu dan menjadi menteri besar 23 tahun.

Justeru, tidaklah hairan jika ramai mengalirkan air mata apabila beliau berundur.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang, tapi ramai. Ramai pengganti, saya tak risau tentang perkara itu," katanya selepas melepaskan jawatan kepada Datuk Ahmad Yacob.

Apakah tokoh ulama yang telah lama berjuang tanpa mengenal penat ini akan terus menerajui Pas sebagai Mursyidul Amnya atau melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, di masa terdekat ini belum diketahui.