
Siti Zailah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
KOTA BHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu menguasai hati rakyat khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei baru-baru ini.
Ini kerana menerusi PRU13 itu Umno BN gagal memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen.
Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, ini membuktikan bahawa kepimpinan Najib tidak mampu menguasai hati rakyat dan pengundi walau pun beliau menabur banyak wang menjelang PRU13 termasuk BR1M.
Katanya, wang yang banyak tidak mampu membeli undi dan hati rakyat.
“Kita tengok pada mood perubahan rakyat dan kita tengok pada ‘undi popular’ diperolehi Pakatan Rakyat (PR), kita melihat pada PRU13 itu berlaku gelombang perubahan besar di kalangan rakyat.