Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kenyataan Utusan terhadap kaum Cina lari daripada konteks, kata sejarahwan

$
0
0

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar) berkata laporan dimuka depan Utusan Malaysia hari ini yang lantang mengkritik masyarakat Cina kerana sentimen perkauman yang masih menebal telah diambil daripada luar konteks.
Khoo berkata akhbar milik Umno tersebut menggunakan kata-kata beliau dalam artikel bertajuk “Suara tokoh Cina” bertujuan kelihatan seolah-olah beliau hanya lantang terhadap masyarakat Cina, sedangkan beliau secara terbuka sentiasa berbincang tentang hubungan etnik di negara ini dan mengkritik semua kaum kerana terlalu mementingkan kumpulan mereka saja.
“Gambaran yang saya dapat daripada apa yang saya baca dalam Utusan ialah saya kelihatan lantang terhadap masyarakat Cina, tetapi saya tidak kata hanya Cina saja,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Saya berkata bahawa setiap kumpulan etnik masih cenderung untuk pentingkan diri sendiri dan tidak memahami antara satu sama lain. Ia bukan sahaja orang Cina tetapi orang Melayu dan India juga,” katanya.
Utusan Malaysia melaporkan Khoo berkata sifat perkauman dalam masyarakat tersebut masih menebal sejak mereka masuk ke Malaya selepas dibawa oleh penjajah British.
“Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah,” kata Khoo yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.
Khoo memberitahu The Malaysian Insider masalah perkauman tidak berubah sejak zaman penjajah British, dan kurang persefahaman antara kaum-kaum di negara ini bukan hanya berpunca daripada pemerintahan “pecah dan perintah” seperti yang diamalkan British tetapi kerana rakyat Malaysia sendiri .
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913