Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar.

"Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka... ," tulis kenyataan media itu.