Cadangan sesetengah pimpinan BN
meminta DAP menyertai BN adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku
kerana ia
akan memecahkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP menerimanya
ia sekaligus membuktikan yang DAP hanya mementingkan kuasa di dalam
kerajaan. DAP akan
hilang identitinya dan bukannya parti yang yakin terhadap perjuangan
yang telah
sama-sama dipersetujui dari awal dengan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan
Rakyat.
Saya akan memberi komen sepintas
lalu sahaja kerana saya tidak berfikir sebelum ini untuk melihat DAP akan
bersama dengan BN untuk membentuk kerajaan. DAP mahukan kuasa yang ‘legitimate’
dari undian pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang lalu bersama parti-parti
dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>